PuiSi JiWanG iNi iii
bagai nan diimpikan
bisik ini akan Dikau fahami
biarpun penuh keterasingan
& kehambaran
bagai nan dijanjikan
akan bermukim segala impi wangi
di persada kasih murni
biar bertatih-tatih pedih
Kekasih janji semalam
untuk kusujud di sejadah
menggapai nur-Mu
nan tergawang di kekeliruanku
amat mengesankan
sesungguhnya benih cinta ini
mahu kusemaikan di katupan duniawi
semahu-mahunya & seada-adanya
Kekasih selagi ada cinta nan luhur
aku jadi manusia nan tidak pernah puas
menenguk manisnya jus suratan-Mu
di penganan anganan ini
& biarlah rahang rinduku
sebati dengan halwa abadi-Mu.- Kekasih agar Dikau rapat denganku.
Jenaris/Simulasi
https://members.tripod.com/~idanradzi
Hasil Nukilan: iDANRADZi
dimasukkan pada 10 Ogos, 1999 jam 08:13:17
www.melayu.com