alir dingin dari bukit cinta
menyegarkan paku-pakis rindu
sesungguhnya jantung liar ingatan
telah melahirkan erti kepayahan
Kekasih
belukar kasih ini akan ranap
lantaran ego insan nan tidak kenal setia
setia fiora pada tadahan suci
setia fauna pada simpanan abadi
kian terhakis & terhalangalir dingin dari bukit cinta
telah merebakkan kepercayaan diri
lantaran lelalang penghalang
kian rapuh dan bergambut lesi
lantas mencabut tetiang janji
rebah segala idaman hatiKekasih
selamatkanlah hutan ini
dari dalam diri
& hakikat duniawi- dari suara hutan simpan nan semakin pupus.
Jenaris, Kajang
https://members.tripod.com/~idanradzi
Hasil Nukilan: iDANRADZi
dimasukkan pada 23 Ogos, 1999 jam 01:27:04