DATUK A. SAMAD SAID
Sebagai seorang sasterawan, Datuk A. Samad Said mempunyai kekuatan tersendiri
dan penguasaan dayacipta yang cukup tinggi
dalam semua genre sastera yang dihasilkannya. Bermula dengan novel
Salina (judul asal Gerhana) yang memenangi hadiah
penghargaan Peraduan Menulis Novel anjuran DBP pada tahun 1958. A.
Samad Said telah menghasilkan tidak kurang tujuh buah
buku kumpulan puisi, empat buah drama, 18 buah novel, dan tiga buah kumpulan
esei. Hasil sumbangannya yang besar dalam
khazanah kesusasteraan negara, A. Samad Said telah dianugerahkan Anugerah
Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award
(1979), Anugerah Sastera Negara (1985), Anugerah COCI, ASEAN (1993) dan
Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang
membawa gelaran Datuk (1995). Beliau kini sedang menulis puisi panjang
tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. atas
geran penulis kreatif tajaan DBP.
iDAN 5