![]()
aku mahu jadi ayah penjiwangandainya nanti
besarnya anak-anak seniku
biarlah mereka mengikut jejak jiwaku
petah berpuisi jiwang
tapi batini mereka amat mulus
& kudus dengan ilusi suci kemanusiaannya.lantaran bangsaku kini semakin runtuh
tidak mengenal erti jiwang
lalu petah menuduh sesama bangsanya
hanyut & leka dengan jiwaraganya
sedang diri nyenyak & layu
dikelingi pemimpin bangsaku
nan terbiasa tersenyum angkuh
tuduh menuduh
rakyat pula semakin
sahut menyahut
dikerah & diasuh mengejar harta
hingga terpenjara rasa & mindapersada puisi pula
konon berjiwa seorang penyair
namun terbiasa mencantas
anak seni bangsa sendiri
nan sekadar berjinat mesra
dengan kata-kata dari luah ilhamnya
katup penuh cinta bukan sengketa.ku belai ia duhai Kekasih-ku
bisik seni ini agar menjadi
puisi jiwang nan murni
bukan angkuh menuding jejari hati
pada keluhuran cinta abadiku harap moga anak-anak seniku
akan membesar
dalam puisi jiwang & airmata kejiwaanku
nan menggahkan kasih sesama umat
& Kekasih nan dilafazkan selalu
adalah Dia nan Esa@Ujud dalam kesegalaan
halatuju imanku.puisi jiwang ini
nan menghanyutkan khayalan penyair buta matahati
adalah kekeliru maknawi antara jiwang & realiti
nan dirinya jua adalah dilahirkan dari janin
oleh ibu & ayahnya dulu jua bercinta separuh mati."luahkan puisi jiwang mu aduhai bangsaku
dari bawah bantal tidurmu agar dalam mimpi kepuraan manusiawi
kau bakal menjadi guru puisi yang mampu mengajar bangsa ini
makna puisi jiwang nan merapatkan talian siratulrahimi ini"sambung ayahmu ini… aduhai anak-anak bangsaku
"terusanlah kau mengarang puisi jiwang ini
di alam siber nan kerap ditemui isian serakah penuh kepuraan lesi
agar jangan sampai bangsa kita akan terpanggil dengan sapaan gelojoh & angkuh
& mereputkan karya sastera negara, gara-gara puisi nan konon penuh makna
nanum bangsa kita sesama insan sejiwapun keliru jiwa leka sengketa tidak peka"aku akan terusan mengenalkan puisi jiwang
nan di simpan untuk simpanan pribadi
untuk tatapan seluruh warga duniawi...
biar melata bergemerencing laungan puisi jiwang ini
& terusan berkibaran untai-beruntai jaringan Jalur Abadi.- Kalau tak sudi menatapi puisi jiwang ini "delete" sajalah!.
Jenaris/Simulasi
Hasil Nukilan: iDANRADZi
www.melayu.com
dimasukkan pada 14 Ogos, 1999 jam 08:37:13