ErtiDiri
sesungguhnya siapakah nan tidak mahu disayangi
amat bermakna hidup ini bilamana ada nan menyayangi;mengasihi diri ini semau dan seadanya
alangkah indahnya bilamana hari-hari nan dilalui disaluti sutera kasih
berselimut dengan wanginya cinta
keprihatinan nan panjang tanpa sapaan luka.
nan nyata
kenapa hati semakin menyendiri
keriuhan anak-anak  bagaikan lambaian kumtum-kumtum megar
nan sekadar mengisi kekosongan diri
akan pengap & sepinya diri bilamana anak-anakc lena di impian
hati terusan mengembara mencari-cari nilai diri
kekasih sesungguhnya mana mungkin akuku kan puas meneguk madu kasihmu
mana mungkin akuku kan leka dilagu sapaan janjimu
nan nyata
kenapa hati mengenal erti sepi
apakah sememangnya kita terusan keterbiaran
atau mestikah antara kita terusan berlagu rindu
meniup serunai cinta pagi ke malam
malam ke dinihari
memang tiada nilai puasnya untuk kita mengulus cinta
kemurnian nan kita hamparkan adalah permaidani nan tak bertepi
kekasih mahu ke manakah kita
mengikat talian suci ini di persinggahan nan sementara ini!!!
di buana nan asing ini!!!
dapatkah dikau rasakan kekasih wanginya nafas bidadari
damainya lambaian syurgawi di ufuk sepi ini!!!
Ilahi intailah aku & kekasihku Ilahi.

iDAN

[ Yahoo! ]options



kembalike Laman Puisi i iDAN