PuiSi JiWanG iNi ii

Benih kasih nan tumbuh
dalam janin diri ini
bagaikan mahu kusebarkan
menjadi klon-klon murni
setelah kian lama ianya tumbuh
dari darah Adam & Hawa
nan penuh kasih sayang di syurgawi
tiba-tiba terpisah jauh
tergapai-gapai mencari kasih
di bumi bertuah nan maha kudus lesu.

Kekasih
jika manusiawi terusan diuliti kasih-sayang
tentunya akan senyap khabar durjana
ibu-ayah akan menyayangi anak
tidak sesekali terbuang & terbiar
pemimpin menyayangi rakyat
bukan penindasan jauh sekali peperangan
paling hampir!!!
teman puisi menyayangi penyair
tidak berkata puisi akulah nan terbaik
lu penyair jiwang perosak bangsa
gue bagusss berjiwa juang
& gue selalu bercerita Hang Jebat yang hebat
gue sayang Hang Jebat!!!
Hang Jebat tak pandai bermadah jiwang.

Aduhai biarlah aku nan jiwang
terusan mengenal fiora & fauna
saling berpaut biarpun terkadang menggigit dan tergigit
kerana aku terlalu yakin Kekasih-ku
contoh nan amat kecil
kumbang nan hilang rasa jiwang pastinya
tidak kenal bebunga nan rewang.

Kekasih
sesungguhnya
aku mahu terusan dengan puisi jiwang ini
tolonglah jangan baca puisi ini wahai pecinta bangsaku
yang makin hilang jiwangnya di kalbu
dengan kepuraan duniawi nan semakin berjerebu.

Jenaris/Simulasi UPM
Hasil Nukilan: iDANRADZi
dimasukkan pada 03 Ogos, 1999 jam 00:35:06

kembali ke Laman Puisi ii