Perahan airmata
yang gugur di paksi hati
adalah lambaian bendera waja
mereka datang dari benua asing
merobek jatidiri menggugah permai peribumi
darah pejuang yang mengalir
adalah juru waktu penentu
mengembalikan hak kepada
yang berhak sememang wajar
jadilah kita anak merdeka
merdeka merdeka merdeka!!!
gemaan keramat milik rakyat
sayang aduhai sayang!!!
dalam usia negara sematang ini
kemerdekaan hakiki adalah ilusi ngeri
diri kian terjajah dengan kuncian duniawi
yang memaksa agama lusuh di ampaian geruh
pemimpin leka menghamba warga
warga keliru meniti waktu
merdeka merdeka merdeka!!!
amat sayu laung gema warganya
amat rakus nafsu serakahnya
amat gusar nilai aulianya
bilamana kita makin mundur & angkoh
menongkah arus nafsu iman yang roboh.
- Ilahi aku tak mahu merdeka di negara begini!!!
Ogos 1999
Hasil Nukilan: iDANRADZi
di masukkan pada 28 Ogos, 1999 jam 09:12:58
From: "" <junnor@hotmail.com> Save Address Block Sender
Reply-To: sastera_malaysia@egroups.com
To: sastera_malaysia@egroups.com
Subject: [sastera_malaysia] Re: Puisi iDANRADZi
Date: Sat, 28 Aug 1999 07:08:55 PDTSdr. Idan,
Kalau tak mahu merdeka di negara begini, sila serahkan status kerakyatan
di sini dan pergilah ke negara yang anda fikir lebih baik dari bumi Malaysia
ini.
konon tak mahu merdeka
kononnya tak mahu merdeka....
patutlah pejuang puisii jiwang
tak mahu merdeka
sebab masih mahu di ikat kejiwangan
di rantai syawat jiwang
terus dijajah kejiwangan
hingga hilang
mutu dan kualiti.....
kononnya tak mahu merdeka...
Hasil Nukilan: taming sari
dimasukkan pada 29 Ogos, 1999 jam 10:02:18
Melayu Kita...
Terlalu mudah satu keputusan diambil
terlalu cepat kita menuding jari
menghukum hanya kerana tidak sealiran dengan wadah kita
sedangkan melayu itu satu rumpun
yang berdaulat dan didaulatkan
apakah kita mahu terjadi seperti sejarah terdahulu?
kita lihat Melaka jatuh di tangan Pertugis
kemudian kita terjaga,
mahu bangkit
hampir 450 tahun kita di jajah
baru kita nikmati kemerdekaan
tetapi merdekakah kita dengan cara begini?
Seterusnya kita marahkah anak bangsa kita
kononnya puisi melayu tercemar
hanya kerana fikiran kita yang sempit, puisi melayu harus ada semangat
harus tegas dan meneroka gerakan islam secara tulin,
kita tak menghalang malah menyambut dengan rasa tawadduk
dengan rasa syukur
kerana pelbagai makna dan bentuk
Biarlah mereka dengan jalan mereka
kita teruskan pencak di gelanggang ini...
kepada mereka yang tidak senang dengan kelahiran puisi
jiwang ku seperti anggapan mu
aku pohon maaf andai
bahasa ku ini membuat kamu
meluat, tetapi bagi ku
kalian tetap melayu yang patut
aku hormati, sebagai pejuang melayu...
Hasil Nukilan: Muhammad Afiq
dimasukkan pada 29 Ogos, 1999 jam 22:54:55
sungguh aku tak mahu merdeka begini!!!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
!!! aku tak mahu merdeka
ketidak sepaduan agihan harta negara
ketidak telusan undang-undang
ketidak jaminan utuhnya agama
ketidak seimbangan nilai mata wang
ketidak bedungan moral belia
pecah jenayah, silap siasah, nekad murtad, kelat kudrat
ketidak tentuan
tidak
tidak
tidak
merdeka
!!!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
visi jajahan baru semakin ngeri
jerih warga semakin jingga
jerit pemimpin semakin berjela
tingkah bertingkah
fitnah berfitnah
tuding menuding
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
anak merdeka derhaka di jalanan
menjerit keadilan
????
siapa ampunya penangan???
- Kenyataan tidak kesampaian
sungguh aku tak mahu merdeka begini!!!
:)
Hasil Nukilan: iDANRADZi
dimasukkan pada 30 Ogos, 1999 jam 05:55:46
Merdeka begini..???
Kehilangan makna perjuangan
kehilangan makna yang hilang
kita hilang tanah kita sendiri
kita merdeka namun merdeka kita
tidak seperti negara yang berdaulat
kita merdeka dengan sistem ketuaan...
merdeka kita pada pandangan kasar
bukan pada hati dan perasaan
bukan pada sisa darah yang kian susut
Ya Allah lontarkan lah
kekotoran di dada mereka
yang berselindung dengan jubah muslimin
sedang hati mereka rosak
dengan lidah membutir bicara muluk
lantas kita alpa dengan siraman keindahan malam kemerdekaan ini...
Sesungguhnya aku tidak mahu
merdeka ini
kerana bangsaku
kian terpinggir diusung keranda hanyir...
inikah nikmat sebuah kemerdekaan
Hasil Nukilan: Muhammad Afiq
dimasukkan pada 30 Ogos, 1999 jam 11:56:39
erti kemerdekaan
merdeka!!!!
negara sudah merdeka
adakah jiwa kita merdeka?
Hasil Nukilan: izai
dimasukkan pada 31 Ogos, 1999 jam 08:07:56
AKU DALAM SAJAK 9
Bila setiapkali bulan Ogos tiba
Aku selalu diberitahu oleh ibuku
Tentang manusia dibelenggu nafsu
Selagi iblis masih memegang sumpahnya
Selagi itu diri manusia belum merdeka
Dan ibuku seringkali berkata:
Subari, engkau belum lagi merdeka?
Walau bumi pusaka ini 450 tahun diinjak penjajah
Ogos tigapuluhsatu sembilan belas lima puluh tujuh
Bergema suara YTM Tengku Abdul Rahman Putra
MERDEKA!… MERDEKA!… MERDEKA!…
Subari, engkau belum lagi merdeka?
Subari, engkau belum lagi merdeka?
Selagi engkau belum mengenali hawa nafsumu
Lima itu, sebelum lima
Sebagaimana sabda Rasullah SAW kepada Abu Zar:
Gunakan lima sebelum tibanya lima
Gunakan masa mudamu sebelum tuamu
Dan masa sihatmu sebelum sakitmu
Dan kekayaanmu sebelum miskinmu
Dan kesempatanmu sebelum sibukmu
Dan hidupmu sebelum matimu
Hari ini aku diperingatkan lagi:
Subari, engkau belum lagi merdeka?
Kerana sesungguhnya hawa nafsu itu
Menjadikan raja itu hamba
Dan sabar menjadikan hamba itu raja
Sabda Rasullulah saw yang kucuplik:
Ada tiga perkara membawa kecelakaan
Pertamanya, tersangat bakhil
Kedua, mengikut hawa nafsu
Ketika, kagum dengan diri sendiri
Lalu aku bertanya diriku:
Apakah aku berada dalam dimensi ‘la illah’
Atau sudahpun memasuki dimensi ‘ilallah’
Apakah benar aku belum lagi merdeka
Dari godaan iblis dan belenggu hawa nafsuku
Aku pasrah, jauhi aku dari i’jaab bi an-nafsi
31 Ogos 1999
Sanggar Cempaka, Kuantan
Hasil Nukilan: ARISEL BA
dimasukkan pada 31 Ogos, 1999 jam 03:42:15
From: "Amir Hassan" <amirhas@hotmail.com> Save Address Block Sender
Reply-To: sastera_malaysia@egroups.com
To: exsmsj@egroups.com
CC: sastera_malaysia@egroups.com
Subject: [sastera_malaysia] Fwd: Merdeka!!!!!!! Merdekakah Anda????????????
Date: Wed, 01 Sep 1999 01:24:01 GMT
Subject: Merdeka!!!!!!! Merdekakah Anda????????????
Date: Mon, 30 Aug 1999 18:55:07 -0700
Sesungguhnya ada satu golongan manusia yang apabila mereka melihat sesuatu,
mereka lebih suka untuk melihat kepada apa yang "haq" daripada yang batil
di samping lebih suka memandang kepada apa yang batin daripada apa yang
zhohir. Ini adalah kerana dalam melihat dan memandang sesuatu itu mereka
melihat dan memandang dengan "Nur" Allah."Sesungguhnya barangsiapa yang Allah tidak berikan cahaya, maka tidaklah
ada cahaya baginya". (Al-Quran)Telah disebut oleh seorang sufi yang juga seorang Wali Allah yang sudah
tersohor dari dulu hingga kini, dalam kitabnya "Hikam Ibn Athoillah";Adalah martabat merdeka itu atas beberapa martabat.
1. Merdeka orang am(awam) itu ialah merdeka daripada cengkaman nafsu
syahwatnya.2. Merdeka orang yang "khas" (arif) itu ialah merdeka daripada pengaruh
sebarang kehendak untuk kepentingan diri kerana "fana" (telah hilang atau
lenyap) kehendaknya daripada Iradat Al-Haq.3. Merdeka orang yang "Khowasul Khowas" (Para Nabi, Rasul dan Wali Allah
yang Kamil lagi Mukamil) itu ialah merdeka daripada Rusum (isyarat atau
sesuatu yang boleh diperkatakan dengan bahasa) dan Asa r(bekas)Kemerdekaan yang sebeginilah seharusnya diperjuangkan oleh kita semua!!!
Perjuangan untuk melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kejahilan
sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada diperbodohkan oleh diri
sendiri, diperkudakayukan oleh manusia, dikelirukan oleh makhluk yang
mungkin menyebabkan kita menjadi tawanan "Alam-alam" lain yang ada
lebih-lebih lagi tawanan Allah di akhirat nanti.Sekian, sekadar sumbangan untuk muhasabah diri dalam keghairahan menyambut
Hari Kemerdekaan Negara.Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(AL-AN'AM:32)Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan
hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak
pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)
di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya
mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta
keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Al-HADID:20)Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita dan menunjukki ke arah
"jalan yang lurus""Sesungguhnya barangsiapa yang Allah tidak berikan cahaya, maka tidaklah
ada cahaya baginya". (Al-Quran)Wallahu A'lam
Fakir Suluk
ps. untuk mantik attahir; persoalan kemerdekaan ini sebagai sebahagian
maksud yang tersirat dalam bicara yang berkaitan dengan Haramil Qudsiyah.
Moga saudara dapat "menangkapnya".