Peluit Resah

roda itu telah menggilis
segala kegembiraan
lalu di selekoh kasih
segalanya telah terlimpah
dari muatan janji

seorang aku
kian sendiri
dengan janin-janin
meredah kepayahan
dengan kudrat-iradat
melangkah kejerihan

peliut resah
hilang dalam rimba rawan
menggugurkan segala putik impian
ke lembah asing
ke lurah gersang
ke gurun kontang
mata hati semakin silau

- titiplah resah ini ILahi
dalam simpati-Mu

http://idanradzi.tripod.com

Oleh : iDANRADZi
Dari : 161.142.100.86
Pada : 24 April 2001 15:11:03
Markah : 3/5

                    www.melayu.com
KOMEN PENYAIR

1- tentang puisi ini (iDANRADZi : 25 April 2001 20:58:11 : 161.142.100.85)
 Puisi ini saya lakarkan untuk mengingati pemergian Arwah Abg Din (abg kandung saya) yang meninggal dunia lantaran kemalangan jalanraya di Tangkak Johor sebelum bulan Ramadan tahun lalu. Lori kecil penuh muatan gas yang dipandunya bertembung dengan lori besar. Arwah Abg meninggal di tempat kejadian. Arwah abg meninggalkan 20 orang cahayamata dari 4 orang isteri.
Peluit resah itu telah berhenti!!.
Terima Kasih pada teman penyair nan memberikan dorongan untuk saya menulis.
 

2- Anda memang berbakat (Jeebad : 25 April 2001 08:06:14 : 161.142.1.6)
 terus terang dinyatakan bahawa saya amat mengagumi anda kerana gaya bahasa dan pengolahan yang menceritakan realiti hakiki. Syabas dan teruskan berkarya.

3- kembali berjuang (M_74 : 24 April 2001 22:05:56 : 202.188.53.158)
  melihat puisi iDANRADZi masih teringat
  tiap bait dahulu masih lagi mengekalkan
  gaya bahasanya. syabas!

4- Puitis.. (nord : 24 April 2001 18:41:27 : 203.106.116.74)
 setelah sekian lama tak menatap buah tangan sdr. puisi sdr. masih lagi seperti dulu..pemilihan kata kata yang puitis.

  LaMan PuiSi RinDu IV iDAN