E-mel untuk Qistina



Dari Himpunan Buku Tetamu
Name: Qistina Azman (Homepage)
              Country: Malaysia            Date: Tue Oct 30 15:41:38 2001

              Comment: pertama kali bersua    terpesona
              bakatmu mengkagumkanku
              telah lama aku mencari
              kini kutemui.



Date: Sat, 3 Nov 2001 19:31:10 -0800 (PST)
From: "idan radzi" <idanradzi@yahoo.com> | Block Address  | Add to Address Book
Subject: abg iDAN

Untuk Qistina

Assalammulaikum...

Sebenarnya saya tercari-cari rakan sastera yang
benar-benar dapat mendorong saya dalam dunia sastera.
Bebaru ini saya membaca puisi di Ratib 1000 syair,
saya baca dalam waktu semua pencinta seni lena. Atau
syolat subuh kira jam 6.15 pagi.

Inilah satu penghormatan nan amat manis untuk saya
kenang kerana diundang membaca puisi di majlis
tersebut.

Amat sedih rasanya minat penulisan saya cuba
terkial-kial keseorangan. Saya masih teringat
kata-kata dari kekasih saya.
(isteri saya adalah kekasih yang amat saya cintai)

Buang masa !! tak mendapat apa-apa manfaat dengan dunia sastera
saya. Malahan masa saya mahu pergi ke Ratib tersebut
katanya tak mendatang sebarang apa jauh sekali manfaat
& pahala. Saya tidak terkilan sangat sebab memang
payah menemui mereka yang sealiran jiwa dengan orang-orang
puisi. Bagi saya amat besar maknanya jika kita dapat
melahirkan ilham nan dapat menyedarkan insani untuk
berfikir.

Itu sudah cukup!!.

Saya tidak nak marah ...pernah puisi yang saya tampal di
dinding rumah diturunkan .. saya gantung semula.

Sebenarnya sejak dibangku sekolah payah untuk saya
pisahkan diri dengan dunia sastera. .. & sekarang ini
jika saya kepenatan dalam kerja harian berkaryalah
dapat memberikan kerihatan dan kepuasan batini saya.

abg iDAN



" kenapa mesti pendamkan gejolak rasa... sesungguhnya
segala masalah pasti ada penyelesaiannya"

https://idanradzi.tripod.com/
http://www.geocities.com/idanradzi
hp 013 6074075
Telefon Rumah 03 87371884




Laman PuiSi RinDu iDANRADZi 4