OLEH: YASER M.A

salam bahagia, saya sekadar ingin cuba untuk menghuraikan sajak yang
dinukilkan oleh saudara yang bergelar iDANRADZi yang bertajuk 'Penyu
Menangis', mengharapkan ia menjadi kegunaan dan renungan kita
bersama...
 
"penyu terus menangis
 menolak kelodak sesak
 fitnah nan bertaburan di pantai negara
 memisahkan akar penaga laut
 menindih rakyat jelata berpaut"

dalam rangkap di atas, apa yang ingin diperkatakan oleh penyajakialah
berkenaan peristiwa atau fenomena yang sedang melanda negarakita,
fitnah berlaku di sana sini bagaikan cendawan tumbuh, yang berlaku di
kalangan para pemerintah atau golongan atasan, yang menjadi mangsanya
ialah rakyat jelata, porak puranda pemerintahan hasil tohmahan,
sengsaralah rakyat yang mendaulat sistem pemerintahan tersebut.

 
"penyu terus menangis
 menolak ombak resah
 desah angin jadi penyata belanjawan
 tikar kasih bertaburan di anjung zaman
 sepinya villasetia di ujung pantaileka"

Apa yang hendak diutarakan oleh penyajak ialah berkenaan ekonomi negara
yang semakin hari membuatkan seluruh rakyat menjadi takut, risau dengan
keadaan ekonomi yang semakin runcing.

"penyu terus menangis
 kekitaan semakin berseloka sumbang
 mencari arah ke puncak gemilang
 namun gelombang masih belum tenang"

Rangkap ini berbicara berkenaan sikap golongan pemerintah, politikus
yang semakin hari semakin beranak pinakkan kronisme, mementingkan diri
sendiri untuk mencapai matlamat, walaupun keadaan atau fenomena yang
kelam kabut menimpa negara masih belum reda, mereka tidak kisahkan, apa
yang penting hanyalah kemajuan diri.

 
"penyu terus menangis
 tumpah airmatanya ke akuku ini
 bagaimana mahu kulapi airmatamu!!!
 sebak rebah tak sudah."

secara keseluruhannya, apa yang saya perhatikan, 'penyu' di sini boleh
kita katakan...mewakili rakyat jelata yang mampu
menangis, sedih, pilu, hiba dan hanya mampu melihat sahaja seloka para
pemerintah dan politikus yang semakin hari semakin menindas. Tiada apa
yang boleh diperkatakan oleh rakyat (penyu), tiada apa yang boleh
dibuat oleh rakyat (penyu) dan tiada siapa yang boleh menenangkan dan
memujuk rakyat (penyu)....rakyat hanya mampu terus bersedih dan terus
perhatikan saja pentas politikus yang semakin hari semakin menindih,
menindas mereka.

Sajak ini mengutarakan satu sinisme yang tajam terhadap pemerintahan
negara yang semakin meruncing hasil daripada tingkah laku politikus,
yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

sekian.Terima kasih.

Kembali ke Laman Puisi ii iDAN