tali-temali kasih
telah tersimpul mati dalam diri
anyaman sembilu kini bagaikan balduan rindu
terdampar empuk di permaidani jiwawi
lalu menyilaukan layar hati
bagaikan capaian rawak nadi
berdenyutan memintas harga maknawi
e-mel@imbauan sepi
bertaburan di padang firdausi
mengintip makna setia & airmata
menjengah impian semalam
nan hilang di pepohonan semasa
bersama harapan nan leka
istana siber ini sesungguhnya
perlukan jambakan bunga jingga
beralunkan irama keroncong syahdu
berdodoikan puisi putih seloka bersih
perisian nan belum tepu
perkakasan nan belum kaku
mengajak seorang aku
memintal pendawaian ihsan
merapatkan kemanusiaan
ataupun dot demi dot terhenti
memutuskan kekalutan internet
merobohkan tembok telnet
membiarkan cacing langsing
merobohkan istana siber ini
nan kian asing & terasing.
iDANRADZi
Simulasi Jenaris
06 Oktober 2001 09:12:58
www.melayu.com
Markah : 4/5