Mar 27, 2001 3:47 pmVisi MurniBukan kepalang kewalangan ini
bersulam keperitan & nyilu sembilu
aku sebenarnya sendiri
menolak awanan resah ke lembah sepi
semalaman aku masih diulit mimpi ngeri
tentang kepincangan erti sejati
tentang kecurangan setia abadi
terbiar & tidak kesampaian.Zuriat kasih ini terlalu ramai
bagaimana mahu kuaturkan
tanggungjawab & masa depan mereka
aku sekadar menggahkan ketidak upaya
dengan kudrat nan sendat
adat nan padat
insan hawa kerdil ini
menatang bungkah janin
nan jernih ke arah perit jerih.Sapa simpati
sekadar memagari ilusi
visi murni masih berbalam
dalam kelam tragedi semalam
aku semakin pasrah & bungkam- Ilahi pimpimlah hamba-Mu ini
Simulasi UPM
Jenaris
Peluit Resah ||| Istana Siber ||| Jihad realiti
Puisi 2000
Jerami Ngeri
||| Terapung
Kosong
||| suramsemalam
||| memahat
mimpi
tinjauan
sepi |||
kembarsepi
||| kelodaknafsu